[Jalan Para Anbiya]
Mohd Taufik Bin Zakaria menulis;
Jalan dakwah bermula dari para Anbiya',
Lama! Lama sebelum kita ada.
Dan ia akan berterusan dengan izin-Nya,
Lama! Lama setelah kita tiada.
Kita tumpang sekaki,
baik yang berdakwah hari-hari
mahupun yang sesekali celup jari,
mencari redha dan rahmah Ilahi.
Rugilah kalau yang masyhur itu menolak
dari kalangan yang baru berjinak
kerana pandangannya tidak serentak
dengan alasan aku berjasa dan kau tidak.
Allah~
Peliharalah kami dari menjadi,
apa yang kebiasaan bagi kami
meminta daripada-Mu,
dipeliharakan daripadanya.
------------------------------------------------------------------------
Sedikit tambahan oleh saya dari Quran;
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Muhammad 47:7)